Aku sedang menanti dia Seorang perempuan yang akan bergelar isteri Seorang muslimah yang merindui syahid di jalan ALLAH Seorang hambaNYA yang sentiasa zikrullah
Dia seorang perempuan yang tegas dan berani Dia tidak pernah takut untuk berkata benar Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi Dia menasihati ku supaya mengingati mati Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat Matanya penat kerana membaca Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W. Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia Kerana.. Dia idamanku..
90th Birthday Gift Man
-
An 18th birthday glass token for 7.95. If you have already decided to
purchase a birthday party, this day special for her to use. You could also
get some...
trip to genting
-
hallluuuuuuuu...
to all at48 students 2007/2008 (sem 6 skg ni)..
hahahaha..jm la p genting...
mst sronok p ramai2..
kt gegar sama i2 genting..hahhaa
sgala ke...
Post a Comment